Sunday, May 13, 2012

Jodoh Itu Di Tangan Tuhan

Bila usia makin meningkat gaya hidup dan arah tuju pun berbeda. Banyak benda berlaku dan ia sedikit sebanyak merubah daya pemikiran, dan yang paling ketara adalah tentang kahwin. sekarang hari minggu adalah hari yang sangat sibuk dengan majlis perkahwinan mahupun pertunangan. tahniah kepada Aifaa Zaffan Bagauddin, jejaka rebutan suatu ketika dulu yang kini ramai wanita bunuh diri setelah wanita bernama Emelia Marlina berjaya menawan hati beliau. tahniah bff atas pertunangan! Dan soalan yang paling hendak dielak adalah "kau bila lagi?". tambah-tambah lagi dah banyak blog yang menyeru untuk kahwin sebelum umur 25 bagi mengelak dapat anak lambat dan sebagainya. agak tertekan. weeweewee~ Shy? nice guy? pretty? loving girl? waiting for the right time but don't know when is right time? well here are the answer to my question. (ok I ask I'll answer)
Tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri hasil dari usaha tahujjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerna ALLAH Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia hanya kerna hati gelisah mahu hidup berteman. hati gelisah takut si kacak terlepas, takut si cantik jatuh ke tangan orang lain. cepat atau lambat bukan kita penentu. jodoh adalah sunnatullah. sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. sabarlah. tenanglah. tahajjudlah :)
haa ini kata-kata semangat kawan kepada kawan kepada kawan. Ia adalah untuk dia kawan dia dan juga kawan kawan dia. so I share because it seems like the quote are useful bout this topic. so selamat beramal! :D